Bergson Berterima Kasih Kepada JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui terhutang budi terhadap pasukannya sejak kali pertama tiba di sini.

Pemain berusia 32 tahun itu baru sahaja dinobatkan selaku penjaring terbanyak sepanjang JDT selepas berjaya menjaringkan 100 gol dalam 3 musimnya bersama Harimau Selatan.

Beliau mengakui cukup gembira dan teruja terutamanya apabila membantu pasukan menjulang Liga Super 2023 untuk melengkapkan koleksi trofi ke-10 liga berturut-turut.

Advertisements

Katanya, beliau tidak pernah terfikir untuk sampai le tahap ini sejak kali pertama tiba di JDT.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjaringkan 100 gol di sini.”

“Hari demi hari, aksi demi aksi, saya boleh menjaringkan gol sudah tentu, tetapi saya lebih gembira sebagai seorang individu di sini. Berapa banyak saya sudah berevolusi di sini.”

Advertisements

Bekas penyerang Fortaleza itu juga berharap ager dapat menjadi pemain yang lebih baik buat pasukan selepas ini.

“Saya harap orang-orang di sini dapat membantu saya menjadi insan yang lebih baik dan tentunya sebagai seorang pemain yang lebih baik,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bergson menjaringkan satu gol ketika membantu JDT menang 4-0 ke atas PDRM untuk menjulang Liga Super dengan baki 4 perlawanan dalam tangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram