Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjelang aksi tumpuan Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) esok, dikhabarkan penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Kelibat Bergson juga tidak kelihatan dalam sesi latihan JDT sejak beberapa hari lepas dan ada satu foto yang memperlihatkan Bergson hanya menjalani latihan ringan bersama jurulatih.

image 5 Bergson Cedera, Ini 3 Pemain Yang Dijangka Mengisi Tempat Beliau
Bergson menjalani latihan ringan dalam sesi latihan bersama pasukan JDT.

Jika dinilai dari sesi latihan yang dijalankan JDT, terdapat tiga orang penyerang yang dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bergson. Penyerang tersebut hampir pasti akan digandingkan bersama Fernando Forestieri untuk merobek gawang Sabah.

Advertisements

Fernando Rodriguez

Pemain import dari Sepanyol ini dilihat turun berlatih bersama skuad utama JDT selepas Bergson mengalami kecederaan. Walaupun kerap diturunkan bersama JDT II di Liga Premier, bisa beliau pasti ditagih untuk meledak dalam perlawanan esok.

Untuk saingan Liga Premier musim ini, Rodriguez sudah menjaringkan 8 gol dan jika dinilai melalui gol yang beliau jaringkan, sudah pasti tempat Bergson hampir pasti diisi beliau.

Advertisements
Fernando Rodriguez berlatih bersama skuad utama JDT

Syafiq Ahmad

Pemain ini juga dibawa ke Sabah untuk pertemuan tumpuan menentang Sabah FC esok. Syafiq merupakan pemain yang baru kembali dari pasukan Kedah Darul Aman FC selepas beliau melalui proses pinjaman selama setengah musim.

Sehingga kini beliau sudah beraksi dalam 11 perlawanan Liga Super dan berjaya meledak dua gol. Kecemerlangan beliau bersama skuad kebangsaan juga menguatkan lagi peluang beliau untuk diturunkan esok menggantikan Bergson.

Advertisements
Syafiq Ahmad juga mampu mengisi kekosongan Bergson

Ahmad Hazwan Bakri

Sudah lama kita tidak mendengar nama ini dan jarang sekali kita melihat aksi beliau bersama JDT. Hazwan turut dibawa ke Sabah dan berkemungkinan besar beliau akan menjadi ‘backup’ kepada penyerang yang dipilih pada hari esok.

Beliau sudah diturunkan dua kali bersama pasukan JDT dan kedua-dua penampilan tersebut adalah di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Kawasaki Frontale.

Advertisements
Hazwan juga dibawa ke Sabah bagi menghadapi Sabah FC esok.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram