Advertisements
Bergson Pecah Rekod Baharu Bersama JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mencatatkan rekod baharu bersama pasukan.

Pemain berusia 33 tahun membantu skuad Harimau Selatan merakamkan kemenangan ke-13 Liga Super selepas menundukkan Perak dengan keputusan 5-0.

Kemenangan itu membolehkan JDT terus kekal menerajui puncak liga dengan kelebihan 11 mata berbanding pasukan tangga kedua, Selangor FC.

Berdasarkan kemas kini catatan oleh Johor Southern Tigers, Bergson telah merekodkan hatrik ke-12 sejak menyertai JDT pada tahun 2021.

Beliau juga telah mengumpul 137 jaringan bersama JDT termasuklah satu jaringan ketika aksi di AFC Champions League Elite (ACLE) menewaskan juara K-League 1, Ulsan HD.

JDT kini mempunyai beberapa pilihan pada posisi serangan termasuklah Romel Morales dan juga tonggak baharu, Jorge Obregon.

Skuad kendalian Hector Bidoglio bakal bertemu KL Rovers pada 20 November di gelanggang lawan sebelum ke China menentang wakil China, Shandong Taishan.