Bergson Pecah Rekod Lagi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus memecahkan rekod apabila bergelar penjaring terbanyak pasukan dalam satu musim.

Pemain kelahiran Brazil ini menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan sejak dua musim lalu.

Ketenangan dan juga ketajaman bekas penyerang Fortaleza ini sentiasa menjadi igauan pertahanan lawan tatkala kelibatnya di atas padang sukar digugat.

Advertisements

Gandingan serasi bersama rakan sepasukan, Fernando Forestieri selain gerakan tersusun yang direncanakan bersama rakan-rakan di atas padang berjaya membantunya untuk kekal konsisten.

Dua gol yang dijaringkan ketika bertemu Negeri Sembilan tempoh hari menjadi detik terindah apabila membantu JDT mengecapi kejuaraan Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut.

Malah, beliau kini turut berpeluang untuk merangkul kasut emas selepas meledak 24 gol setakat ini.

Advertisements

Prestasi cemerlang pemain berusia 31 tahun ini telah membantunya untuk memecahkan rekod jaringan kelab selepas beliau kini mencatatkan 34 gol secara keseluruhan.

Hal ini telah mengatasi rekod yang dicatat oleh kelab sebelum ini iaitu sebanyak 32 gol semusim.

JDT kini berada pada landasan terbaik untuk merangkul treble dengan Piala Malaysia bakal berlangsung selain kecemerlangan Bergson bakal jadi taruhan pasukan untuk terus merobek gawang lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram