Bergson Pemain Brazil Ke-3 Paling Tajam 2025
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menjadi tumpuan dunia apabila diiktiraf selaku antara pemain Brazil yang mencetak gol terbanyak pada tahun 2025.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman statistik Futebol um Números, Bergson disenaraikan sebagai pemain Brazil ketiga paling prolifik dari segi jaringan pada tahun tersebut selepas meledak 32 gol daripada 37 penampilan.

Dua lagi pemain Brazil yang berada di hadapan Bergson ialah mesin gol Buriram United, Guilherme Bissoli, yang mengetuai senarai dengan 42 jaringan, selain Roger Guedes di tangga kedua dengan 33 gol.

Pencapaian itu sekali lagi mengukuhkan reputasi Bergson sebagai antara penyerang paling konsisten, meskipun beraksi di luar liga utama Eropah dan Amerika Selatan.

Untuk rekod, Bergson juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia dengan koleksi 118 gol, sekali gus membuktikan impak besarnya bersama Harimau Selatan sejak menyertai Johor Darul Ta’zim.

Malah, penyerang berusia 34 tahun itu telah membuka akaun jaringan bagi musim 2026 apabila menemui sasaran dalam aksi menentang Selangor FC, sekali gus memberi petanda awal bahawa sentuhan berbisa beliau masih berterusan.

Claim Money Packet TnG