Penjaring terbanyak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC musim lepas, Bergson da Silva memilih untuk tidak meraikan gol kelima pasukannya dalam perlawanan Liga Super dengan Perak pada Ahad lepas.
Penyerang Brazil itu berbuat demikian kerana mendapati penjaga gol Perak, T. Shaheeswaran terbaring kesakitan dalam gawang pelawat.
Ini selepas beliau berlanggar dengan tiang ketika cuba menghalang sepakan percuma cantik Juan Muniz pada minit ke-66.
Justeru, sebaik menyedari apa yang berlaku, beliau memilih untuk melihat keadaan penjaga gol berusia 23 tahun itu. Shaheeswaran yang sebelum ini beraksi untuk JDT FC II kemudiannya dapat meneruskan perlawanan selepas menerima rawatan.
Pada akhirnya, JDT meraih kemenangan 5-0 ke atas The Bos Gaurus. Kemenangan ini menyaksikan Harimau Selatan hampir bergelar juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.
Pada masa sama, sikap Bergson yang menghormati pihak lawan yang tercedera menunjukkan beliau mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
Perbuatan bekas penyerang Fortaleza merupakan sesuatu yang terpuji dan patut dicontohi oleh pemain-pemain lain terutama pemain-pemain muda.