Advertising
Berita Jeonbuk Hyundai Minat Arif Aiman Tersebar Luas
MakanBola
Johor Southern Tigers

Berita mengenai kelab K-League 1, Jeonbuk Hyundai berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mula tersebar.

Beberapa kelab terkemuka dari Timur Tengah seperti Persepolis dan Tractor sebelum ini dilaporkan berminat untuk membawa pemain berusia 23 tahun ini bagi jendela perpindahan akan datang.

Ad

Hal ini susulan aksi konsisten yang ditampilkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini termasuklah dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Satu lagi khabar angin berkenaan Arif Aiman mula tersebar selepas laman Markaj News mendakwa bahawa Jeonbuk Hyundai menunjukkan keseriusan untuk mendapatkan pemain sayap lincah ini.

“Pemain sayap JDT, Arif Aiman sedang dipantau oleh pihak K League 1, Jeonbuk Hyundai Motors.

Ad

“Pemain berusia 23 tahun itu cemerlang musim ini bagi saingan liga Malaysia serta Liga Juara-Juara AFC musim ini,” ujar laporan tersebut di laman X.

Ad

Arif yang telah menyumbang 7 gol dan 12 bantuan jaringan dalam 17 perlawanan liga itu dilaporkan dipantau rapi oleh pasukan gergasi Korea itu.

Ad

“Sumber yang rapat dengan situasi itu telah mengesahkan,” tambah laporan tersebut.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang tawaran daripada pihak Jeonbuk atau JDT berhubung berita yang tersebar ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments