Berita Perpindahan Faisal Halim Ke Selangor Tersebar Di Thailand
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Spekulasi perpindahan bekas pemain sayap Terengganu, Faisal Halim ke pasukan Selangor FC mula hangat diperkatakan di Thailand.

Pemain bertubuh kecil itu merupakan aset penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain sejak dua musim kebelakangan ini.

Namun begitu, beliau difahamkan tidak akan kekal bersama kelab Pantai Timur itu dan mula dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab di Lembah Klang.

Advertisements

Hal ini ternyata mendapat liputan yang meluas apabila Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dalam satu hantarannya memaklumkan bahawa Faisal Halim kini menjadi milik Selangor.

Thailand yang mengumumkan perkembangan semasa bola sepak mereka termasuklah perancangan dan penelitian terhadap pasukan Harimau Malaya.

“Pemain sayap Pasukan Selangor FC, Faisal Halim berada dalam skuad semasa dengan beberapa pemain lain yang baru dipanggil bakal membentuk gandingan yang mengujakan antara muka baharu dan lama,” jelasnya.

Advertisements

Malaysia baru sahaja mendapat tonik terbaik apabila berjaya menumbangkan Kemboja dengan keputusan 4-0 sebelum berdepan Maldives esok.

Ujian sebenar Kim Pan-gon adalah untuk memastikan akuad negara tampil memberangsangkan di pentas Piala AFF Mitshubishi Electric tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram