Advertising
BG Pathum Naik Taraf Padang Pusat Latihan
Asia Tenggara
MakanBola
BG Pathum United

Kebelakangan ini, makin banyak kelab Asia Tenggara berusaha menaiktaraf kemudahan yang dimiliki mereka termasuk kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT). Terbaru, kelab Thai League, BG Pathum mengambil langkah menaiktaraf permukaan rumput padang pusat latihan mereka.

Penaiktarafan ini dibuat bagi memastikan padang yang digunakan dapat memenuhi kualiti latihan pasukan yang dibimbing jurulatih interim, Supachai Konslip itu. Selain itu, ini juga membantu meningkatkan pendapatan The Rabbits memandangkan pusat latihan mereka turut digunakan oleh pasukan luar termasuk pasukan kebangsaan Thailand.

Dalam satu hantaran di laman media sosial mereka, penaiktarafan padang pusat latihan BG Pathum dijangka mengambil masa beberapa bulan. Pengurusan kelab menjangkakan kerja penaiktarafan selesai sebelum saingan Piala Asia B-17 yang bakal bermula di Thailand pada Jun ini.

Ad

Proses penaiktarafan ini menyaksikan padang rumput lama dikeluarkan dan digantikan dengan padang rumput baru. Selain itu, The Rabbits juga turut menaiktaraf sistem saliran mereka dengan memasang sistem saliran bawah tanah yang baru.

Antara pasukan yang pernah menggunakan kemudahan latihan BG Pathum baru-baru ini ialah OB Odense (Denmark) dan Kawasaki Frontale (Jepun).

Ad
Ad