Bintang Baharu Liverpool Silap Langkah, Sebenarnya Mahu Ke Manchester United
Dunia
Vibes Foot
Advertisements

Semua maklum pada bulan lepas, Cody Gakpo berpindah dari PSV Eindhoven ke Liverpool dengan yuran perpindahan £44 juta (RM228 juta). Tetapi dengan persembahannya kurang menyerlah kebelakangan ini, bos lamanya Ruud van Nistelrooy menganggap perpindahannya ke Anfield sebagai satu kesilapan.

Bekas penyerang Belanda itu menyifatkan Gakpo boleh saja lebih menyerlah di bawah bimbingan rakan senegara, Erik Ten Hag di Old Trafford. Malah, beliau turut mendedahkan perpindahan impiannya yang sebenar ialah Manchester United, bukan Liverpool.

“Perpindahan impian Gakpo ialah Manchester United, dia berhubung dengan (Erik) Ten Hag sejak Ogos lepas.

Advertisements

“Saya juga mahukan dia menyertai United – bukan saja kerana itu kelab saya dan saya sayangkan mereka, tetapi kerana mereka lebih baik daripada Liverpool dan menawarkan lebih banyak potensi kepada pemain-pemain mereka,” katanya kepada portal Sportskeeda.

Jurulatih PSV Eindhoven itu kemudiannya mendedahkan Gakpo bagaimanapun berubah fikiran selepas dipujuk bek tengah Liverpool dan Belanda, Virgil van Dijk.

“Bagaimanapun, United tidak membuat sebarang bidaan pada Januari, jadi saya nasihatkan untuk tunggu sehingga musim panas ini.

Advertisements

“Sesuatu berlaku dan dia enggan menerima nasihat saya dan mendengar pula pujukan Virgil untuk menyertai pasukannya. Dia memberitahu saya dia mahu berpindah ke luar negara pada Januari,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram