Penyerang baharu Sabah FC, Gonzalo Di Renzo pernah menjadi bualan peminat LaLiga semasa mewakili kelab lamanya, CD Talavera.
Ini kerana penyerang berusia 30 tahun itu pernah merobek gawang Real Madrid dalam aksi Copa del Rey ketika mewakili Talavera pada Disember 2025.
Meskipun pasukan itu tewas 3-2, Di Renzo memastikan Los Blancos yang ketika itu dibimbing legenda Liverpool, Xabi Alonso bocor buat kali kedua pada minit ke-90.
Penyerang berdarah Itali-Argentina itu menyudahkan hantaran Isaiah Arroyo yang menewaskan kapten Real Madrid ketika itu, Andriy Lunin.
Gol itu menjadi sebahagian daripada 12 gol yang dijaringkan Di Renzo bersama Talavera pada musim 2025/26. Beliau juga mencipta dua bantuan gol dalam semua kejohanan untuk pasukan itu.
Di Renzo antara lima pemain import baharu yang menyertai Sabah musim ini. Selain beliau, rekrut baharu lain ialah rakan senegara dan penjaga gol, Juan Flere, Park Jung-bin, Kike Cadete dan Oskari Kekkonen.
Sabah juga mengekalkan Miguel Cifuentes, Dane Ingham, Jose Angel dan Duje Ljubic untuk kempen musim 2026/27.