Bintang JDT, De Paula Sah Beraksi Di Liga M3 Bersama Melaka
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Guilherme De Paula bakal membuat penampilannya bersama Melaka dalam saingan Liga M3 musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Melaka United Media yang membuat hantaran di lama Facebook mengenai senarai 25 pemain Melaka FC. Beliau difahamkan menyertai Melaka secara pinjaman.

De Paula antara tiga penyerang Melaka FC yang disenaraikan berserta Mohammad Fakhrul Aiman (KL City) dan Mohammad Nor Harith Roslan (MBMB FC)

Advertisements

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad ada menyatakan pemain JDT akan sertai Melaka selepas berbincang dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Sejak menyertai JDT, pemain berusia 36 tahun itu telah beraksi sebanyak 3 perlawanan dalam saingan Liga Super dan 2 perlawanan dalam aksi AFC Champion League bagi musim 20/21.

 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram