De Paula Sertai Melaka?
Liga M3
@OnefootballM
Advertisements

Walaupun diselubungi pelbagai kontroversi berkenaan penyertaan mereka dalam Liga M3, Melaka terus fokus membuat persiapan menghadapi liga berkenaan. Dan khabarnya, mereka bakal merekrut penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula.

Khabar angin perpindahan bekas penyerang Selangor itu ke Melaka dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian dalam satu ciapannya hari ini.

Ini ditambah dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad kepada Pek Xian dalam satu temubual hari ini.

Advertisements

Beliau menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim kerana membenarkan seorang pemain JDT membuat pilihan tentang pasukan yang mahu disertainya.

“Saya menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi berbincang dan memberi peluang untuk pemain tersebut memilih pasukan mereka.

“Dan saya tak boleh sahkan lagi tetapi bila pemain itu sudah report kepada saya, bolehlah saya jelaskan sama ada pemain itu mahu bermain untuk pasukan Melaka,” katanya.

Advertisements

Walaupun tidak mendedahkan identiti pemain tersebut, ramai mengagak orang yang dimaksudkan ialah de Paula. Ini kerana bekas penyerang Perak itu masih terikat kontrak dengan JDT sekaligus sebarang perpindahan yang direncana bersifat pinjaman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram