Bintang Leverkusen Tak Jadi Kahwin, Tunang Kecewa Tak Mahu Bahagi Harta
MakanBola
Bayer 04 Leverkusen

Nama penyerang Bayer Leverkusen, Victor Boniface menjadi bualan peminat bola sepak baru-baru ini.

Ini kerana mengikut laporan FootBoom, Boniface tidak jadi melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya dari Norway, Rikke Hermine.

Hermine memilih untuk tidak meneruskan perkahwinan itu kerana mahu berkahwin tanpa memeterai sebarang perjanjian pra-perkahwinan.

Boniface menyifatkan perjanjian itu penting kerana itu memastikan harta yang dimilikinya tidak terjejas sekiranya berlaku perceraian.

Apa yang lebih mengejutkan Hermine ialah semua harta penyerang Nigeria itu termasuk kenderaan didaftarkan di bawah nama ibunya.

Ini bermakna Boniface tidak mempunyai sebarang harta peribadi yang boleh menjadi rebutan sekiranya berlaku perceraian.

Hermine mengenali penyerang Nigeria itu ketika beliau beraksi untuk kelab Norway, Bodo/Glimt pada 2021.

Meskipun begitu, perbezaan pendapat berkenaan perjanjian pra-perkahwinan menyebabkan hubungan yang terjalin antara mereka terlerai.

Boniface memiliki nilai perpindahan sebanyak €45 juta (RM217 juta). Khidmatnya kini diintai beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Chelsea.

Claim Money Packet TnG