Bintang Liga Super Malaysia Bantu Pasukan Ke-115 Dunia Tewaskan Tunisia
Dunia
TotalEnergies Africa Cup of Nations
Advertisements

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 menyaksikan satu lagi kejutan apabila Tunisia tewas kepada pasukan ke-115 dunia, Namibia dalam aksi pertama Kumpulan E semalam.

Menariknya, kejayaan pasukan yang diberi jolokan The Brave Warriors itu dibantu oleh bintang Liga Super Malaysia, Petrus Shitembi.

Shitembi yang beraksi untuk pasukan Kuching City FC diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Tunisia dengan memakai jersi nombor 19.

Advertisements

Ini menjadikan beliau satu-satunya wakil Liga Malaysia (Liga M) yang beraksi dalam saingan AFCON 2023.

Meskipun Tunisia dianggap pasukan pilihan dengan ranking ke-28 dunia, Namibia membuktikan mereka tidak gentar dengan cabaran Helang Carthage itu.

Beraksi menggunakan formasi 4-1-4-1, The Brave Warriors kerap menghampakan setiap percubaan barisan serangan Tunisia.

Advertisements

Dengan perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, pemain tengah Deon Hotto muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-88.

Shitembi beraksi selama 60 minit dalam perlawanan sebelum digantikan oleh penyerang Black Leopards, Bethuel Muzeu. Beliau mendapat markah 6.8 mata oleh Sofascore untuk perlawanan tersebut.

Bisa pemain berusia 31 tahun itu dijangka ditagih pengendali The Brave Warriors, Collin Benjamin untuk aksi kedua Kumpulan E.

Advertisements

Ini kerana mereka bakal berdepan Afrika Selatan dengan perlawanan bakal berlangsung pada 21 Januari ini.

Selain Kuching City, Shitembi juga pernah beraksi untuk Sabah FC dan Terengganu FC dalam saingan Liga M. Beliau merekodkan 14 penampilan bersama The Cats pada musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram