Ads
Asia Tenggara
@jkhemdee17

Arena bola sepak Thailand dikejutkan pengumuman persaraan yang dibuat bek tengah Thailand-Denmark, Jonathan Khemdee. Pengumuman tersebut dibuat beberapa jam sebelum anak-anak buah Issara Sritaro turun beraksi di pentas final Sukan SEA 2023 menentang Indonesia.

Advertisements

Pengumuman yang dibuat di akaun Instagram peribadinya itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab Khemdee bersara daripada skuad Gajah Perang.

Advertisements

“Perlawanan hari ini merupakan perlawanan terakhir saya bersama skuad kebangsaan Thailand. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong, mengikuti dan memberi galakan kepada saya sepanjang masa.

Advertisements

Advertisements

“Saya harap saya dapat memenangi pingat emas untuk semua orang di Thailand dan menamatkan perlawanan terakhir saya bersama skuad kebangsaan Thailand.

“Hati saya akan sentiasa bergelar orang Thai. Dan sejak perlawanan pertama menentang Mongolia, saya mendedikasikan diri saya 100% bagi membanggakan keluarga dan penyokong-penyokong bola sepak Thailand. Mari kita bawa trofi ini pulang,” tulisnya di Instagram.

Advertisements
Advertisements

Ada yang berpandangan keputusan ini dibuat memandangkan dirinya belum lagi mewakili skuad senior Gajah Perang. Selagi belum dipanggil Mano Polking, Khemdee masih lagi berpeluang dipanggil menyertai skuad kebangsaan Denmark.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram