Bintang Sensasi Thailand Mahu Buat Kemunculan Semula
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Nama yang pernah menghiasi pasukan Thailand 9 tahun lalu, Charyl Chappuis mengakui masih mahu menyarung jersi kebangsaan Thailand dan bersedia membuat kemunculan semula.

Charyl Chappuis yang kini berusia 31 tahun bermain untuk pasukan liga kedua Thailand, Chiangmai FC ketika ini dan telah melakukan 6 penampilan bagi musim ini.

Ad
Sponsors

Beberapa siri kecederaan menyebabkan perkembangan karier bola sepak Charyl Chappusi terjejas malah beliau pernah berehat hampir setahun lebih ekoran kecederaan lutut.

Ad

“Saya selalu bermimpi untuk menyarung jersi kebangsaan Thailand sekali lagi untuk tunjukkan kepada semua terutamanya kepada isteri saya kerana dia tidak pernah melihat saya bermain untuk pasukan Thailand. Ini adalah impian besar saya.” ujar Charyl Chappuis.

Pemain tengah ini melakukan debut bersama pasukan kebangsaan Thailand pada tahun 2014 sewaktu berusia 22 tahun.

Ad

Charyl Chappuis telah merekodkan 20 penampilan bersama pasukan Thailand dan telah menjaringkan 5 gol serta 1 bantuan jaringan.

Ad

Kali terakhir Charyl Chappuis beraksi untuk Thailand sewaktu tahun 2017 yang lalu. Pemain ini pernah dipanggil pada tahun 2018 untuk aksi menentang China namun sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Selagi kamu bermain bola, kamu bermain untuk impian kamu dan saya rasa punca saya masih bermain kerana saya mahu buktikan kemampuan saya. Saya masih Chappuis yang dulu, namun sedikit tua berbanding masa lalu.” tambah beliau menurut Instagram rasmi Thailand FA.

Charyl Chappuis pernah bermain untuk Buriram United dan Muangthong United namun beberapa siri kecederaan menyaksikan pemain tengah ini melalui penurunan prestasi dan gagal mengulangi aksi cemerlang beliau pada tahun 2014 yang lalu.

Kini Charyl Chappuis lebih kerap bermain secara defensif selaku pemain tengah bertahan ekoran kecederaan yang menghalang beliau bermain secara ofensif dan lebih lincah.