Bintang Thailand, Supachok Sarachat sah diumumkan sebagai pemain kelab gergasi Jepun, Consadole Sapporo secara pinjaman selama enam bulan.
Perkara ini dikongsikan oleh Thai League Central yang melaporkan bahawa Buriram sudah bersetuju untuk melepaskan Supachok ke kelab tersebut.
Menurut Thai League Central, perjanjian di antara Buriram dan Consadole Sapporo terdapat kontrak lanjutan tambahan dan juga klausa pembelian secara tetap.
Perkara ini menjadi satu perkhabaran yang positif buat Thailand dimana lebih ramai lagi bakat-bakat pemain muda Thailand mampu tembusi Liga Jepun.