Advertising
Bintang Wolves Pamer Aksi Mantap Sambil Berpuasa
MakanBola
Wolverhampton Wanderers FC

Bintang Wolves, Rayan Ait Nouri mempamerkan persembahan mantap dalam keadaan berpuasa meskipun pasukan itu tersingkir dari saingan The Emirates FA Cup.

Ait Nouri diturunkan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih Portugal, Vitor Pereira untuk menghadapi cabaran Bournemouth dalam aksi pusingan kelima.

Ad

Pada awalnya, The Cherries mendahului 1-0 menerusi Evanilson pada separuh masa pertama. Penyerang Brazil, Matheus Cunha memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan menerusi gol penyamaan buat Wolves.

Ad

Pelawat kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Cunha dibuang padang. Ini selepas beliau didapati menumbuk dan menanduk Milos Kerkez pada minit ke-120.

The Cherries mara ke suku akhir apabila menewaskan Wolves 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad

Menariknya, Ait Nouri beraksi selama 120 minit dalam keadaan berpuasa. Beliau turut berbuka puasa sebentar sebelum menyempurnakan penalti buat Wolves.

Ad

Selepas tenang menewaskan penjaga gol Bournemouth, Kepa Arrizabalaga, Ait Nouri meraikan gol tersebut dengan sujud di atas padang.

Ad

Gelagat bek kiri Algeria itu dikongsikan wartawan sukan Algeria, Dean Ammi di X. Beliau kagum dengan teladan baik yang dibawa Ait Nouri.

“Rayan Ait-Nouri bermain 120 minit menentang Bournemouth dalam keadaan berpuasa termasuk masa tambahan,” katanya.

“Beliau kemudiannya berbuka puasa, tampil mengambil penalti untuk Wolves dan menjaringkan gol. Pemain Algeria itu meraikannya dengan cara itu (sujud di atas padang), semoga Allah memberi ganjaran kepada beliau.”

Beliau turut dipilih antara pemain terbaik Wolves oleh Sofascore. Sofascore memberi Ait Nouri markah 7.4 atas persembahannya sebagai bek kiri dalam perlawanan itu.

Musim 2024/25 menyaksikan Ait Nouri membuat 30 penampilan, empat gol dan lima bantuan gol untuk Wolves dalam semua kejohanan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments