Bintang Zenit Terkejut Dengan Potensi Pemain JDT
Dunia
Zenit St
Advertisements

Bintang pasukan gergasi Liga Rusia, Claudinho menyifatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pemain yang cukup berkualiti ketika. ini.

Pemain kelahiran Brazil itu pertama kali turun berdepan juara Liga Super itu dan menyaksikan potensi sebenar yang dimiliki oleh barisan pemain Harimau Selatan.

Mengulas lanjut, beliau gembira dengan aksi pertama pasukan dan berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 semalam.

Advertisements

“Saya rasa bagus. Ia adalah ujian yang baik untuk seluruh skuad kami bagi melihat tahap kami berada dan sejauh mana perlawanan kami bersedia.”

“Saya rasa seluruh pasukan menunjukkan bahawa kami semua bersedia dari segi taktikal dan fizikal, dan kini berada pada tahap yang baik. Ia adalah permainan yang bagus, dan kami akan teruskannya.”

Pemain berusia 26 tahun itu sempat memberikan pandangan mereka tentang lawan dari Malaysia yang dianggap bukan calang-calang pasukan.

Advertisements

“Saya tidak tahu bahawa ini adalah perlawanan pertama Zenit dengan kelab Malaysia. Ini bermakna kemenangan adalah lebih penting!”

“Saya fikir mereka adalah pasukan yang sangat bagus, mereka bersedia untuk pertempuran dan mereka mempunyai beberapa pemain Brazil bermain di sana, saya berbual sedikit dengan mereka. Mereka berada pada tahap yang baik dan mempunyai beberapa pemain yang berkualiti. Perlawanan itu menyeronokkan,” jelasnya.

JDT mengakhiri aksi pra-musim 2023 di Dubai dengan mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan sebelum kembali menghangatkan aksi Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram