Blackburn Rovers Jadi Kelab Pertama UK Jadikan Stadium Sebagai Tempat Solat Hari Raya
Dunia
Blackburn Rovers
Advertisements

Kelab bola sepak Inggeris, Blackburn Rovers bakal menjadi kelab pertama di United Kingdom (UK) yang menyediakan ruang solat khas buat muslim di sana untuk menunaikan solat Aidilfitri di atas padang.

Sebelum ini, kelab Blackburn Rovers mengadakan sambutan Aidilfitri dikawasan yang digelar Corporation Park. Untuk menunjukkan sokongan ke arah sambutan ini, kelab mengumumkan padang rasmi pasukan Blackburn Rovers iaitu Ewood Park sebagai tempat solat perayaan.

Memetik laporan rasmi daripada Blackburn Rovers, solat Aidilfitri ini terbuka kepada semua keluarga dan dibahagikan khas kawasan untuk lelaki dan perempuan.

Advertisements

Untuk makluman tambahan, setiap orang yang hadir diminta untuk membawa sejadah masing-masing bagi memudahkan urusan pembahagian ruang.

Langkah yang positif dibuat oleh pihak kelab untuk menyambut komuniti muslim di UK sekaligus dapat merapatkan ikatan persaudaraan sesama muslim di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram