Pemilik Blackburn Rovers Janji Bonus RM56 Juta Kalau Layak EPL
Eropah
PA / Press Association
Advertisements

Tanyalah mana-mana pemain liga bawahan England tentang impian mereka. Ada dua jawapan iaitu beraksi untuk kelab kesayangan mereka dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru, banyak kelab liga bawahan menganggap EPL sebagai matlamat utama terutama bagi kelab yang tersingkir.

Ini juga turut menjelaskan mengapa pemilik Blackburn Rovers, keluarga Venky bersedia membayar bonus sebanyak £10 juta (RM56 juta) kepada para pemain sekiranya mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris pada akhir musim. Mengikut laporan The Sun, agihan bonus akan dibuat mengikut jumlah masa permainan pemain.

Ketika ini, Rovers menduduki tangga ketiga Liga Kejohanan di belakang pendahulu Bournemouth dan Fulham. Pasukan bimbingan Tony Mowbray juga menang sebanyak lima kali dan kalah sekali dalam 10 perlawanan – satu prestasi mengagumkan buat kelab berpangkalan di Lancashire itu. Ini kerana sebulan sebelumnya, Blackburn menjadi mangsa amukan Fulham dengan kelab tewas 7-0.

Advertisements

Pemberian bonus ini dijangka akan menguntungkan pemain-pemain yang tampil dalam kesemua 46 perlawanan Liga Kejohanan Rovers. Salah seorang daripadanya ialah penyerang Chile berdarah Inggeris, Ben Brereton Diaz yang menyumbat 19 gol untuk Blackburn musim ini. Khidmatnya sedang diintai beberapa kelab England dan Eropah seperti Leeds United dan Sevilla.

Selain Brereton Diaz, graduan akademi Lewis Travis juga berpeluang mendapat bonus lumayan yang dinyatakan. Setakat ini, beliau hanya terlepas 56 minit aksi perlawanan bersama Blackburn Rovers. Sementara 10 lagi pemain mencatat masa permainan sebanyak 1,000 minit. Ini menunjukkan ramai pemain tampil untuk merealisasikan impian Blackburn kembali ke EPL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram