“Bodoh Boleh Diajar, Malas Tiada Ubatnya ” – Apek
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Penjaga gol pasukan Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menitipkan pesanan yang ringkas tetapi penuh bermakna kepada semua.

Menerusi satu hantaran di laman Tiktok beliau, pemain berusia 33 tahun ini mengingatkan bahawa masyarakat tidak seharusnya bersyukur sekiranya memiliki pekerjaan.

Malah, bekas penjaga gol berbisa Kelantan ini yakin bahawa hasil yang sedikit juga merupakan rezeki kurniaan tuhan yang tidak seharusnya dipertikaikan.

Advertisements

“Rezeki sedikit tak apa jangan dipertikaikan.”

Pada akhir perkongsiannya, bekas penjaga gol kebangsaan ini berpesan agar kita tidak bersikap malas menerusi perumpamaan yang cukup jelas.

“Bodoh boleh diajar tetapi malas tiada ubatnya,” jelas Fahmi dalam video tersebut.

Advertisements

Beliau memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee sehingga berjaya meraih tempat ke-3 Liga Super.

Kini, perjuangan pasukan diteruskan dalam misi meraih Piala Malaysia apabila sudah pun mengesahkan tempat ke suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram