Bojan Hodak: Saya Tidak Dapat Bercakap Mengenai Pengadil Kerana Saya Akan Didenda
Liga Super
MFL
Advertisements

Kekalahan 0-3 Kuala Lumpur City FC (KL City) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam menimbulkan kontroevrsi yang melibatkan keputusan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

Tewasnya KL City kepada JDT semalam sekali gus menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah KL City di laman sendiri.

Selepas perlawanan, Hodak yang ditemui dalam satu sidang media dilihat tidak berpuas hati mengenai mutu pengadilan namun akui tidak dapat memberikan komen lebih lanjut kerana bakal didenda.

Advertisements

“Saya tidak dapat memberikan komen kerana saya hanya perlu bercakap mengenai pengadil,” jelas Bojan.

“Jika saya tidak bercakap mengenai pengadil, tiada apa untuk diperkatakan dan saya tidak dapat bercakap mengenai pengadil kerana saya akan didenda.

“Kami akan menghantarkan potongan video kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tentang apa yang kami tidak berpuas hati dan melihat apa yang dapat mereka lakukan,” katanya kepada Astro.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, Kenny Pallraj telah dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap Leandro ketika situasi ‘off ball’. Tujuh kad kuning dilayangkan pengadil dan daripada tujuh itu, hanya satu kad kuning sahaja buat pemain JDT iaitu untuk Shane Lowry.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram