Advertisements
Bojan Hodak: Sebelum Ini Tiada Siapa Yang Percaya Dengan Kami
Dunia
MakanBola
Kuala Lumpur City FC

KL City telah menutup tirai saingan akhir selepas menjulang kejuaran Piala Malaysia edisi ke-100 tahun sekaligus mengimbau kembali sejarah kegemilangan 32 tahun yang lalu. Kemenangan akhir ini menjadi mimpi indah bagi para penyokong yang hadir.

Namun dalam hal ini jurulatih KL City, Bojan Hodak dilihat memuji prestasi cemerlang anak buahnya ketika dalam padang. Para pemain turut berpegang teguh dengan setiap perancangan yang akhirnya menatijahkan kejuaraan.

“Kami bermain dan begitu menakjubkan pada hari ini, kami ikut semua yang kami rancang di bilik persalinan. Dan pada akhirnya, mereka berhak mendapat kejayaan ini,” katanya selepas sidang media perlawanan akhir tempoh hari.

Jurulatih yang berpengalaman ini mengakui keberadaan KL City di Piala Malaysia tidak ada sesiapa pun yang sokong dan percaya pada mereka. Akan tetapi beliau tetap yakin anak buahnya mampu menjuarai piala yang berprestij itu.

“Sebelum ini tiada sesiapa yang percaya kepada kami, tetapi saya rasa hari ini mereka semua benar-benar layak untuk menang trofi ini.”

Untuk rekod, KL City menamatkan kempen dengan cukup cemerlang apabila tidak tewas dalam sebarang perlawanan dalam kempen Piala Malaysia pada kali ini.

Related Articles