Bojan Hodak Tahu Bagaimana FAM Berfungsi
Dunia
MFL
Advertisements

Selepas kegagalan skuad kebanggsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki bagi edisi kali ini, ramai pihak dan peminat terus memberi kecaman yang hebat terhadap kredibiliti yang ada pada jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe. 

Menurut satu kenyataan daripada jurulatih pasukan KL City, Bojan Hodak, beliau menyifatkan ura-ura yang menyebut namanya bagi menggantikan tempat Cheng Hoe untuk mengemudi pasukan skuad kebanggsan adalah perkara yang biasa didengari. 

Tambah Bojan, tiada seorang individu pun yang sudah mengecapi apa yang telah beliau kecapi dalam kariernya sebagai jurulatih bola sepak. 

Advertisements

“Jadi, saya tidak fikir ada sesiapa di wilayah ini memiliki kejayaan bersama pelbagai kelab seperti saya.

“Ia satu perkara biasa, jadi ia tidak mengejutkan,” kata Bojan kepada Stadium Astro

Mengulas lanjut, bekas jurulatih skuad kebanggsan bawah 19 tahun itu mengaskan bahawa terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Beliau hormat terhadap Tan Cheng Hoe yang kini masih lagi memegang tampuk kempimpinan skuad kebanggsaan.

Advertisements

Jadi, jurulatih berusia 50 tahun itu berpendapat jawatan ketua jurulatih merupakan bukan tugasnya untuk menentukan siapa yang layak mengisi tempat itu.

“Ia mungkin berlaku tetapi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana Malaysia masih mempunyai ketua jurulatih. Tan Cheng Hoe masih berada di sana.

“Masih banyak perkara yang akan berlaku, jadi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Advertisements

“Secara normalnya, jawatan ketua jurulatih merupakan jawatan tertinggi buat setiap orang tetapi bukan saya yang akan menentukannya,” ujar Bojan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram