Bojan Hodak Tak Puas Hati Dengan Tindakan Kim Pan-gon
Dunia
klcityfootball/famalaysia
Advertisements

Jurulatih KL City, Bojan Hodak tidak berpuas hati dengan tindakan jurulatih kebanggsaan, Kim Pan-gon terhadap dua pemain KL City iaitu Zhafri Yahya dan Declan Lambert. 

Hal ini kerana Zhafri Yahya tidak mendapat sebarang minit permainan dan Declan Lambert hanya bermain 10 minit sahaja dalam satu perlawanan bagi saingan King’s Cup tempoh hari. 

Bekas jurulatih JDT itu menyatakan bahawa dua pemain KL City ini boleh bersama pasukannya dalam perlawanan Liga Super jika Kim Pan-gon tidak menggunakan pemain mereka.

Advertisements

“Mereka mungkin bersama kami untuk perlawanan Liga Super menentang Pulau Pinang.

 “Jurulatih mempunyai kumpulan pemain untuk dipilih selain pemain saya, tetapi dia berkata dia mahu mencuba mereka.  Tetapi lihat apa yang berlaku di Chiang Mai … dia hampir tidak menggunakannya,” kata Bojan Hodak kepada wartawan The Star, T. Avineshwaran.

Dalam pada itu, Bojan Hodak berpendapat ketika beliau mengemudi skuad 20 tahun kebangsaan, beliau akan membenarkan beberapa pemain pergi ke kelab mereka jika mempunyai perlawanan penting. 

Advertisements

“Semasa saya menjadi jurulatih Bawah 20 tahun kebangsaan, saya akan melepaskan beberapa pemain apabila kelab memerlukan mereka kerana mereka mempunyai perlawanan penting.  Saya mempunyai pilihan untuk memanggil pemain lain. 

Tambah Bojan, beliau menganggap bahawa Zhafri dan Declan kini tidak mempunyai latihan yang baik di kem kebanggsaan, namun beliau akan memastikan dua pemain tersebut berada di tahap terbaik untuk saingan Liga nanti.  

“Mereka kembali pada malam Isnin dan menyertai kami untuk latihan pagi semalam.  Pada masa ini, saya tidak pasti tentang tahap kecergasan mereka.

Advertisements

 “Saya rasa mereka tidak mempunyai latihan yang sukar di sana, tetapi Declan dan Zhafri akan tersedia untuk pemilihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram