Boleh Jadi Inilah Kad Merah Paling Berbaloi Abad Ini

Paulo Otavio Boleh Jadi Inilah Kad Merah Paling Berbaloi Abad Ini
Bundesliga
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Kad merah telah dilayangkan dalam perlawanan di antara Hoffenheim dan Wolfsburg dalam aksi Bundesliga di Jerman. Namun yang menarik perhatian para peminat bola sepak adalah cara bagaimana kekasaran berlaku sebelum kad merah dilayangkan.

Boleh jadi ini merupakan kad merah paling berbaloi untuk dilayangkan pada abad ini. Pemain yang dilayangkan kad merah ialah pemain Wolfsburg, Paulo Otavio.

Ketinggalan 2-1 dalam masa kecederaan, Wolfsburg mendapat satu tendangan sudut dan ianya merupakan peluang terakhir untuk mencuri satu mata di tempat lawan. Dengan peluang terakhir tersebut hadir, penjaga gol Wolfsburg juga naik untuk cuba menjaringkan gol.

Namun segalanya tidak menjadi apabila tendangan sudut itu sia-sia dan pemain Hoffenheim melakukan serangan balas. Penyerang Hoffenheim, Mu’nas Dabbur melarikan bola dengan sangat laju sambil dikejar oleh penjaga gol Wolfsburg, Koen Casteels.

Otavio yang juga berlari dari bawah berjaya mengejar Dabbur dan melakukan satu terjahan keras untuk menggagalkan sebarang percubaan dari Dabbur. Jika terjahan itu tidak dilakukan, pasti gol ketiga Hoffenheim bakal menjelma.

Terjahan keras Otavio ke atas Dabbur yang juga pemain negara haram Israel itu menjadikan Otavio meninggalkan perlawanan sebagai seorang wira.

“Apabila saya mula dalam sukan ini, saya tidak menyangka yang saya akan sampai ke sini. Saya bermimpi, saya banyak bermimpi tentang sesuatu detik. Detik dimana saya akan meninggalkan permainan sebagai wira, tersenyum di puncak dunia..” jelas Otavio kepada media.