Ads
Dunia
Selangor FC

Penyerang baru Selangor, Ayron Del Valle menggalas tanggungjawab yang diiringi tekanan besar bersama kelab gergasi Liga Malaysia itu tatkala penyokong sudah tentunya meletakkan harapan agar dia menjadi pengganti lebih baik daripada Herlison Caion.

Advertisements

Caion yang berhijrah ke KL City bagi saingan musim 2023, meletakkan satu penanda aras tinggi untuk diatasi, menerusi ledakan 24 gol dalam semua pertandingan musim lalu.

Advertisements

Malah Selangor juga boleh dikatakan pakar dalam memancing penyerang import berbisa yang boleh dilabel mesin gol antaranya Paolo Rangel, Ifedayo Olusegun, Rufino Segovia serta Patrick Wleh yang kesemuanya mempunyai reputasi cemerlang bersama mereka sebelum ini.

Advertisements

Advertisements

Bagi pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe, dia memahami perkara tersebut malah mengakui tugas utama seorang penyerang adalah menjaringkan gol, namun tegasnya adalah penting untuk memberikan sokongan kepada penyerang dari Colombia itu berbanding memberikannya tekanan.

“Memang kita mengharapkan Ayron (Del Valle) akan dapat menggantikan Caion dan saya juga pernah beritahu perkara itu. Sudah tentu kita akan beri masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan faham corak permainan di Selangor.

Advertisements

“Yang penting rakan-rakan juga perlu memberi sokongan kepada Ayron untuk dia berikan persembahan terbaik, bukan sahaja membantu dia menjadi seperti Caion tetapi mungkin lebih baik dari itu”, kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Advertisements

Ayron Del Valle diumumkan sebagai ahli keluarga baru Red Giants pada 28 Januari lalu, hadir dengan reputasi gah selaku bekas penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut dari 2015 hingga 2017 dan telah menjaringkan 157 gol sepanjang kariernya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram