Bolos Dua Gol, Vietnam Buang Malang Van Lam
Dunia
VFF
Advertisements

Menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Thailand dan Vietnam pada Isnin, pasukan Vietnam melakukan sesuatu yang agak ritual buat penjaga gol mereka, Dang Van Lam.

Van Lam akan mendapat jersi baharu dan tidak lagi berwarna kuning. Jersi baru yang digunakan Van Lam nanti adalah warna yang baharu yang tidak pernah dilihat dalam kejohanan Piala AFF kali ini.

Pada Piala Dunia 2022, baju kuning yang dipakai penjaga gol sering membawa malang kepada penjaga gol itu dan menyebabkan pasukan mereka tewas. Untuk mengelak perkara ini menjejaskan mentaliti Van Lam, Vietnam memutuskan untuk memberi jersi baharu apabila baju penjaga gol satu lagi yang berwarna biru menyerupai jersi Thailand.

Advertisements

Umum mengetahui, Van Lam mempamerkan aksi luar biasa apabila beliau mengekalkan rekod tanpa bolos dalam semua perlawanan dengan merekodkan 588 minit permainan tanpa bolos sebelum dibolosi dua gol menentang Thailand.

“Ini bukanlah masalah yang terlalu besar kerana pada perlawanan pembukaan Van Lam memakai baju kuning dan Vietnam menewaskan Laos 6-0.

“Sebenarnya, isu warna baju penjaga gol tidak besar. Ianya isu kecil, tetapi kita boleh mengelak daripada mewujudkan tekanan psikologi yang tidak perlu kepada pemain. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk memberi jersi baharu untuk Van Lam,” jelas salah seorang pegawai pasukan Vietnam kepada TheThao.

Advertisements

Pada sesi latihan pertama di Thailand semalam, Van Lam dan pemain utama hanya melakukan latihan ringan di hotel manakala pemain lain berlatih di OJ Arena. Jurulatih Park Hang Seo juga tidak kelihatan pada sesi latihan ini. Dijangka petang ini, Vietnam akan mengadakan sesi suai kenal dan lawatan ke Stadium Thammasat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram