Bolos Tujuh Gol, Sikh Izhan Terduduk
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Walaupun mempamerkan aksi yang baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini, namun situasi berbeza buat penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel yang terpaksa akur melepaskan tujuh gol dalam perlawanan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu Sikh Izhan bermula dengan agak baik selepas beberapa aksi menyelamat yang sangat mengagumkan sebelum dibolosi gol demi gol.

Terkini, telah tular satu video yang memperlihatkan kekecewaan yang ditanggung Sikh Izhan sesudah tamat perlawanan bertemu JDT itu. Video yang tular di media sosial itu memaparkan Sikh Izhan sedang terduduk dan tersandar di tiang gol selepas pengadil, Razlan Joffri Ali meniupkan wisel penamat.

Advertisements
https://www.tiktok.com/@nishxo_/video/7207495142213717274?_r=1&_t=8aQlizjgkGA

Walaupun telah dibolosi tujuh kali, namun ianya bukanlah satu persembahan yang sangat teruk buat penjaga gol muda berusia 21 tahun itu. Jika tidak kerana ketangkasan beliau dalam mempertahankan gawang, sudah tentu banyak lagi gol yang akan terhasil. Apatah lagi, Negeri Sembilan hanya dapat menurunkan dua pemain import sahaja.

Sudah tentu ianya akan menjadi satu pengalaman yang akan mematangkan lagi Sikh Izhan. Untuk rekod, Sikh Izhan merupakan pemain yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari Selangor untuk musim ini. Bersama Selangor musim-musim terdahulu, khidmat Sikh Izhan banyak digunakan bersama skuad Selangor II.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram