Advertising
Bos Buriram Minta, Sekarang Lihat Apa Sudah Jadi Pada JDT
MakanBola
BUFC/JST

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini mengalami satu perubahan drastik setelah Bos Buriram United iaitu Newin Chidchob mencabar juara Liga Super itu

Sebelum ini, Newin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa JDT bukanlah satu pasukan yang kuat selain turut percaya Buriram United pasti akan menang andai bertemu sekali lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Newin kepada pihak media di Thailand setelah Buriram dan JDT seri tanpa jaringan ketika aksi pusingan liga AFC Champions League Elite (ACLE) pada Disember lalu.

Ad

“JDT, kita boleh berjumpa lagi nanti tapi takkan terlepas dari saya (Buriram). JDT bukanlah pasukan kuat,” komen Newin kepada Thai Ball Stand.

Ad

Malah, Newin sempat meninggalkan pesan buat DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor supaya melabur lebih banyak kepada pasukan Baginda supaya aksi seterusnya bertambah menarik.

“Walaupun Johor membawa banyak pemain luar, tak ada apa yang perlu dirisaukan.”

Ad
Ad

“Saya nasihatkan kepada Pemilik JDT (DYAM Tunku Mahkota Ismail) untuk melabur lebih banyak, agar tahun depan (2025) pertemuan kita lebih menarik,” kata Newin pada tahun lalu.

Ad

Semenjak itu, JDT yang baru sahaja ditabalkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-11 telah menyambar seramai 5 orang pemain berprofil tinggi bagi memperkuat pasukan menjelang aksi ACLE seterusnya.

5 tonggak tersebut adalah Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera, Roque Mesa, Anselmo Moraes dan terbaharu bekas pemain sayap AC Milan dan Villareal, Samu Castillejo yang diumum pada Khamis.

Percaturan bijak oleh Tunku Ismail dan JDT dengan merekrut pemain import berpengalaman ini tampak membuahkan hasil apabila pasukan Harimau Selatan ini layak ke pusingan kalah mati ACLE.

Perseteruan antara dua kelab ini bakal menjadi lebih menarik apabila JDT dan juga Buriram dijadualkan berdepan sesama sendiri di pusingan 16 terakhir dengan perlawanan pertama pada 4 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments