Pamer Aksi Cemerlang, Boss Zam Mahu Kekalkan Natanael Siringo Ringo
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau turut dikenali sebagai Boss Zam dikalangan para penyokong Kelantan telah menyatakan bahawa beliau ingin mengekalkan bintang muda Indonesia, Natanael Siringo Ringo setelah mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua Piala Malaysia.

Dalam satu hantaran milik Boss Zam, beliau menyatakan bahawa pelaburannya membawa masuk Natanael Siringo Ringo adalah berbaloi. Pemain muda Indonesia berumur 22 tahun ini memainkan peranan penting dibahagian jentera serangan pasukan Kelantan sewaktu menentang Sabah FC walaupun perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Ringo berjaya menjaringkan 1 gol dan mencetak 1 assist dalam perlawanan kedua Piala Malaysia 2021 semalam.

Advertisements

Pemain kelahiran Indonesia ini juga berjaya mencetak 3 gol dalam saingan Liga Premier 2021 bersama Kelantan FC dan meraih kepercayaan jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama dibahagian sayap pasukan. Malah Ringo turut melakukan 1 assist dalam debut pertama beliau bersama Kelantan FC.

Hantaran di Facebook Zamsaham

Boss Zam turut memuji aksi cemerlang Ringo dalam perlawanan menentang Sabah FC malah beliau menyatakan bahawa beliau mahu menyambung kontrak Ringo. “Untuk Ringgo, saya akan sambung kontrak permain ini” ujar Boss Zam dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Namun sebelum ini, Ringo sudah menandatangani kontrak lanjutan selama 3 tahun bersama Kelantan FC pada bulan Mac yang lalu. Berkemungkinan besar Boss Zam ingin memperbaharui kontrak Ringo setelah aksi cemerlang beliau pada musim ini.

Advertisements

Berita berkenaan pelanjutan kontrak Ringo pastinya menggembirakan para penyokong pasukan Kelantan FC. Tindakan Norizam Tukiman ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk memperkasakan pasukan Kelantan FC dalam misi kembali bersaing di Liga Super Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram