Brad Maloney Beri Pandangan Jujur Selepas Skuad Bawah 23 Tewas Mengejut Kepada Timor Leste
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Brad Maloney akui kecewa selepas melihat anak buahnya tewas mengejut kepada pasukan Timor Leste pada Jumaat.

Beliau berkata kekalahan ini perlu diselidik dengan lebih mendalam dan perlu bangkit segera menjelang Sukan Sea Hanoi 2021 yang dijadualkan pertengahan bulan ini.

“Sebagai jurulatih, sudah pasti saya juga kecewa dengan kekalahan di tangan skuad B-23 Timor Leste. Tetapi kami perlu proaktif dan selidik dengan segera berhubung kekurangan atau kelemahan pasukan.

Advertisements

“Namun, saya kekal optimis bahawa pasukan muda negara ini masih memiliki potensi yang mana kekalahan itu kami harus cepat memberikan respons untuk persembahan akan datang.

“Kami masih ada memiliki masa untuk berbuat sesuatu dan seperti saya katakan tadi, kekalahan kepada Timo Leste telah memberikan signal serta sepatutnya dijadikan medan kebangkitan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Selain itu, Maloney mengingatkan bahawa perlawanan menentang Timor Leste tidak boleh menjadi kayu ukur kemampuan sebenar anak buahnya. Ini kerana masih ramai tonggak utama pasukan yang belum melapor diri.

Advertisements

“Ini bukan gambaran sebenar kekuatan kita kerana pasukan sedang dalam proses pembentukan. Kita masih dalam peringkat eksperimen apabila ramai lagi pemain belum melaporkan diri,” ujarnya.

Skuad bawah 23 tahun negara akan menghadapi Sukan Sea Hanoi 2021 bulan ini dengan beberapa pemain berprofil tinggi dipanggil ke dalam skuad kali ini seperti Hadi Fayyadh, Luqman Hakim Shamsudin dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim.

Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos pada 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan Kemboja pada 16 Mei ini. Kesemua perlawanan akan dilangsugkan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram