Brad Maloney Dedah Punca Malaysia Tewas Bermaruah Kepada Vietnam
Asia
VnExpress/Duc Dong
Advertisements

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney akur skuad kendaliannya tewas di separuh akhir kepada pasukan Vietnam namun berbangga dengan para pemainnya yang berjuang sehingga wisel penamat selepas melalui 120 minit permainan.

“Saya berbangga dengan pemain Malaysia, mereka berjuang sehingga tamat permainan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Viet Tri Phu Tho pada Khamis.

“Strategi Malaysia berkesan selama hampir 120 minit permainan. Pemain juga memberikan semua yang mereka ada. Sukar untuk menerima kekalahan dengan cara ini, tetapi kita perlu menerima fakta bahawa Vietnam adalah pasukan terkuat dalam kejohanan ini.”ujarnya.

Advertisements

Mengulas kekalahan yang menimpa pasukan negara, Maloney akui ianya kesilapan penjaga gol namun beliau tidak menyalahkan Azri Ghani semata-mata kerana beliau faham Azri baru kembali daripada kecederaan. Selain itu, ketiadaan barisan pemain terbaik menentang Vietnam juga merupakan salah satu faktor kekalahan ini.

“Malaysia bolos daripada kesilapan penjaga gol. Tidak boleh menyalahkannya kerana dia baru kembali daripada kecederaan. Kami juga tidak mempunyai barisan terbaik untuk perlawanan ini. Saya menghargai strategi Vietnam tetapi juga berpuas hati dengan persembahan oleh Malaysia.”katanya seperti dilaporkan VnExpress.

Walaupun gagal mara ke final, pasukan B-23 negara telah mengharungi kejohanan dengan agak baik sekali selain melalui aksi kumpulan tanpa kekalahan.

Advertisements

Perjalanan skuad negara belum berakhir walaupun tewas di separuh akhir. Ini kerana pada hari Ahad nanti, mereka bakal menentang musuh serumpun, Indonesia dalam penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram