Brad Maloney: Pasukan Negara Tidak Pernah Gentar Menentang Mana-Mana Pasukan
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pengendali skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara, Brad Maloney luah rasa bangga dengan aksi yang ditampilkan anak buahnya yang mencipta kemenangan dramatik menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan B saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, malam semalam.

Maloney melihat para pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat Malaysia.

“Saya lihat barisan pemain memberikan persembahan terbaik mereka dengan sentiasa cuba mengawal perlawanan dan menyekat setiap serangan lawan.

Advertisements

“Kesemuanya mereka bekerja keras bagi menjayakan perancangan dan percaturan perlawanan.

Maloney juga menegaskan bahawa pasukan kendaliannya tidak pernah berasa gentar untuk berdepan dengan mana-mana pasukan pun. Perlawanan menentang Thailand semalam telah membuktikan segalanya.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pasukan ini juga tidak gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja dan mereka telah buktikannya semalam,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Dengan kemenangan yang diraih semalam, Malaysia kini berada di tangga teratas kumpulan B acara bola sepak Sukan Sea Hanoi. Mereka dijadualkan meneruskan aksi kedua kumpulan pada 11 Mei ini bertemu dengan Laos yang mencatatkan keputusan seri bertemu Singapura semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram