fbpx

Brad Maloney: Pemain Akan Diberi Peluang Buktikan Kemampuan

Instagram: @famalaysia

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jurulatih pasukan bawah 20 tahun negara, Brad Maloney optimis untuk memberi pelaung kepada muka-muka baharu yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat ketika ini.

Jurulatih yang berasal dari Australia ini menegaskan, beberapa pemain sedia ada telah dipantau sejak 12-18 bulan yang lalu, kini telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan masing-masing sepanjang tempoh 7-8 hari latihan.

“Kita memberi mereka peluang untuk membuktikan kemampuan bagi melayakkan diri ke dalam senarai akhir pemain yang bakal terpilih.”

Beliau turut berharap, muka baharu yang dipanggil ini bakal menambah kekuatan kepada barisan pemain sedia ada sekaligus mewujudkan persaingan sihat bagi merebut tempat dalam senarai akhir pemain.

“Kita percaya kepada para pemain yang dipanggil untuk membuktikan sesuatu dan kita bakal memberi mereka peluang.”

“Kita juga akan menilai kemampuan mereka untuk membentuk gandingan serasi bersama pemain sedia ada dan juga taktikal yang kita bakal serapkan.”

Skuad kendalian beliau juga akan menentang pasukan Negeri Sembilan dan juga Skuad Projek FAM-MSN bagi memberi ruang buat para pemain yang dipanggil untuk turun padang.

Maloney turut berharap agar peluang yang diberikan untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif seperti ini memberikan para pemain keyakinan untuk menonjolkan apa yang telah diminta ketika latihan.

Ini juga bakal memberi ruang buat Maloney bagi membuat penilaian rapi terhadap barisan pemain yang berpotensi untuk mendapat panggilan kali ini.

Antara nama-nama yang dinanti-nantikan oleh para pemainat tanah air ialah kelibat penjaring tempatan terbanyak Liga Premier, Harraz Azman, pemain sayap JDT 2, Alif Mutalib dan juga beberapa pemain yang menyerlah pada musim ini.

© MakanBola Media – All Rights Reserved