Percaturan Brad Maloney Pertaruhkan Quentin Cheng Memang Berbaloi
Dunia
FAM
Advertisements

Keputusan jurulatih pasukan muda negara, Brad Maloney untuk mempertaruhkan Quentin Cheng amat berbaloi selepas beliau menjadi watak penting buat pasukan negara semalam.

Pemain pertahanan Selangor ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi yang mengalami kecederaan pada perlawanan tempoh hari.

Beliau yang bermain pada posisi pertahanan kanan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila larian-larian derasnya sering membuatkan barisan pertahanan Laos tidak senang duduk.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain berusia 21 tahun ini cemerlang untuk bergandingan bersama Syahir Bashah sekaligus membentuk kombinasi yang sangat cemerlang di bahagian kanan pasukan.

Kelibat Quentin juga seringkali menyukarkan barisan serangan lawan kerana amat berdisiplin untuk kembali bertahan dan menutup ruang kosong di bahagian kanan.

Hantaran-hantaran lintang beliau yang cukup berkualiti jelas menjadi sentaja buat barisan serangan terutamanya Danial Asri dan juga Luqman Hakim yang setia menanti dalam kotak penalti lawan.

Advertisements

Kebijaksaan beliau untuk membantu jentera serangan dilihat berhasil setelah beberapa kali memaksa lawan untuk melakukan kesalahan ketika membantu serangan.

Ini membolehkan sepakan percuma diterima oleh pasukan negara yang sesekali menguji keampuhan penjaga gol lawan yang tidak dapat berehat pada perlawanan semalam.

Malaysia kini mengungguli kumpulan B dengan 6 mata selepas 2 perlawanan dan berada pada landasan terbaik untuk menjuarai saingan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram