Brad Maloney Tak Janji Apa-Apa Buat Hadi Fayyadh
Dunia
hadifayyadhh
Advertisements

Jurulatih skuad kebanggsaan Bawah 23 Tahun, Brad Maloney tidak memberi sebarang jaminan tempat buat penyerang muda, Hadi Fayyadh bagi saingan Sukan Sea musim ini.

Jurulatih berusia 50 tahun itu berpendapat bahawa prestasi semasa Hadi Fayyadh perlu dipantau semula oleh kerana pemain muda itu baru sahaja pulih daripada kecederaannya.

“Hadi Fayyadh secara jujurnya sudah beberapa tahun kita tidak dapat melihat aksinya. Dia baru saja pulih daripada kecederaan dan sudah mula berlatih dan bermain semula.

Advertisements

Sebaliknya, beliau mahu Hadi Fayyadh terus membuktikan kredibilitnya walaupun hampir tiga tahun beliau tidak beraksi bersama pasukannya di J-League.

“Kami (barisan jurulatih) mahu melihatnya lebih dekat dalam latihan, dan setibanya dia nanti kita akan buat ujian kecergasan kepadanya,” kata Brad kepada Harian Metro.

Namun, kini kita dapat lihat Hadi Fayyadh telah membuat kemunculan semula sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Malaysia yang beraksi dalam saingan J-League.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram