Brad Maloney Akui Tidak Punyai Pilihan Pemain Lain Untuk Hadapi Piala AFC B-23
Dunia
Bernama
Advertisements

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa skuad kendaliannya tidak akan mengalami perubahan yang besar untuk menghadapi kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan.

Maloney mengakui bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika beraksi di Sukan Sea Vietnam walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat.

Menurut beliau, berkemungkinan besar semua pemain yang beraksi di Sukan Sea akan dibawa ke Uzbekistan dek kerana tidak mempunyai pilihan pemain lain selain pemain sedia ada sudah menunjukkan keserasian berpasukan.

Advertisements

“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain beraksi di temasya Sukan Sea akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian baik.

“Walaupun tempoh persediaan untuk mengharungi perlawanan Piala Asia agak singkat, saya namun percaya saingan di Sukan Sea menjadi medan terbaik untuk kami membina keserasian dan memperbaiki setiap kelemahan,” jelas Maloney.

Mengulas mengenai kegagalan membawa sebarang pingat di Sukan Sea Vietnam, Maloney menegaskan bahawa keputusan di Sukan Sea adalah sesuatu yang positif dan menganggap bahawa fokus utama pasukan kendaliannya adalah Piala Asia B-23.

Advertisements

“Walaupun kami tidak meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dan kami dapat bersaing enam perlawanan antarabangsa dalam tempoh 14 hari.

“Fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi Piala AFC B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan serta gergasi Asia Tenggara yang beraksi di pentas akhir Sukan Sea iaitu Thailand dan Vietnam. Saingan dijadualkan bermula pada 2 Jun depan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram