Brahim Diaz: Islam Buat Saya Rasa Tenang
MakanBola
Real Madrid CF

Bintang Real Madrid, Brahim Diaz mengakui merasa tenang selepas memeluk Islam.

Sebelum ini, beliau enggan mengulas tentang soal agama dan lebih fokus kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.

Pemilik nama sebenar Brahim Abdelkader Diaz itu kemudiannya dilaporkan telah memeluk Islam menerusi satu laporan Morocco World News.

Ini kerana kelibatnya bukan saja dilihat dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Pusat Kebudayaan Islam Madrid baru-baru ini.

Malah, seorang imam bernama Adil Hachmi turut mengesahkan Brahim menunaikan solat bersamanya.

Kini, Brahim memaklumkan sebab beliau memilih Islam. Pemain berusia 26 tahun itu mengakui dirinya merasa lebih tenang bila bergelar Muslim.

“Hari ini, saya memilih jalan di mana saya merasa kedamaian yang sebenar. Saya memilih Islam atas dasar keyakinan dan keimanan serta saya berdoa kepada Tuhan agar saya tabah dan membimbing saya di jalan yang benar.

“Keputusan ini bukan mudah tetapi ia datang dari lubuk hati saya dan alhamdulillah atas nikmat Islam,” katanya seperti dilaporkan JM News Network.

Brahim merekodkan 147 penampilan, 21 gol dan 26 bantuan gol sejak bersama Real Madrid.

Claim Money Packet TnG