Brendan Gan Bangga Mukhairi Ajmal  Dipanggil Mewakili Skuad Kebangsaan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan dilihat menyambut baik pemilihan pemain tengah berbakat pasukan, Mukhairi Ajmal yang terpilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan juga Uzbekistan.

Brendan Gan yang menjadi watak penting skuad negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini terpaksa diketepikan susulan masalah kesihatannya yang menyebabkan posisi beliau diisi oleh pemain lain.

Namun begitu, para penyokong ternyata amat tertarik dengan sokongan yang diberikan kapten pasukan Selangor terhadap bintang masa depan negara itu apabila namanya tersenarai dalam kalangan 24 orang pemain yang dibawa kali ini.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun ini yakin Mukhairi bakal memberikan elemen tambahan untuk menjana kekuatan barisan serangan pasukan negara yang dilihat rata-rata dibarisi oleh pemain baharu.

Ini juga bakal membuka saingan yang cukup sihat bersama para pemain muda yang lain termasuklah Hakimi Abdullah, Faisal Halim, Al-Hafiz Harun dan lain-lain yang berpotensi untuk mengisi kesebelasan utama pasukan.

Berdasarkan satu ciapan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjelaskan biodata pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu dilihat menarik perhatian Brendan.

Advertisements

Bintang tengah Malaysia itu seolah-olah memberikan gambaran bersetuju apabila meninggalkan mesej berbentuk ’emoji’ tepuk tangan yang menggambarkan beliau turut berbangga melihat pemain muda itu menyarung jersi kebangsaan.

Komen tersebut mendapat perhatian para penyokong yang memanggilnya dengan gelaran ‘kapten’ sambil mendoakan agar beliau dapat segera pulih untuk melihat aksi ampuhnya di atas padang.

Pada musim ini, pemain berusia 19 tahun ini telah beraksi sebanyak 19 perlawanan sekaligus menjadi tunjang utama pasukan selain berhasil menjaringkan 1 gol dan mencatat 2 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Ini pastinya menjadi pendedahan yang amat penting buatnya untuk terus mengembangkan bakat dan potensinya untuk mengetuai cabaran negara pada masa hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram