Kemunculan Brendan Gan Dalam Sesi Latihan Beri Petanda Positif
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dalam satu hantaran di laman rasmi pasukan Selangor FC hari ini memaparkan kemunculan kapten pasukan, Brendan Gan kini mengembalikan semula kegembiraan para penyokong yang sudah lama merindui akan aksi pemain tersebut di atas padang.

Sebelum ini, pemain berusia 33 tahun itu terpaksa disisihkan oleh pasukan selepas beliau disahkan menghidap kanser yang menyebabkan beliau perlu menjalani rawatan pemulihan.

Sungguhpun begitu, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh jeneral tengah Harimau Malaya ini untuk terus kembali ke tahap terbaiknya sekaligus membuka peluang untuk beraksi kembali.

Advertisements

Beliau dilihat gigih melakukan rawatan pemulihan yang dikendalikan oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor dalam usaha untuk memastikan pemain ini dapat semula beraksi bersama pasukan.

Namun begitu, apa yang lebih menggembirakan para penyokong adalah dengan melihat kelibat beliau yang turut serta bersama pasukan menjalani sesi latihan terakhir sebelum bersambungnya perlawanan Piala Malaysia yang ditangguhkan untuk memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.

Brendan dilihat sedang tekun mendengar arahan daripada barisan kejurulatihan pasukan Selangor yang sedang berusaha sebaik mungkin untuk membuat persiapan yang bakal turun menetang Kuching City FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu.

Advertisements

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini juga kelihatan bersemangat sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’ ke arah kamera.

Walaupun status kecergasan beliau masih tid dapat dipastikan, namun hantaran tersebut disertakan dengan tanda pagar yang menunjukkan bahawa beliau masih dalam proses untuk cergas sepenuhnya. ini pastinya memberi petanda positif terutamanya buat persediaan pasukan kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram