Brendan Gan Ingin Fokus Pulihkan Kesihatan Terlebih Dahulu
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Kapten Skuad Gergasi Merah, Brendan Gan menyatakan bahawa beliau mahu fokus untuk pulihkan kesihatan terlebih dahulu sebelum kembali beraksi bersama Selangor.

Dalam masa yang sama beliau menjelaskan rakan seperjuangannya akan lebih bekerja keras untuk beraksi dalam setiap perlawanan selepas ini serta menghadkan kesilapan yang tidak perlu dilakukan ketika berada di dalam padang.

Dalam pada itu, Brendan juga yakin pasukan Selangor FC akan mendapat keputusan yang lebih baik sekiranya pemain dapat mengikut corak permainan yang dirancang oleh jurulatih walaupun sukar untuknya menjelaskan apa yang kurang terhadap pemain Selangor.

Advertisements

“Sukar untuk menyatakan apa yang silap (ketidakselarasan pemain Selangor) tetapi pada masa yang sama kami perlu lakukan yang terbaik jadi ia dapat meminimumkan kesilapan yang kami buat sepanjang perlawanan,” jelasnya.

“Bagi saya, sukar untuk menyatakan, saya akan tumpukan kepada kesihatan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama.

Pasukan Selangor FC bakal membuktikan kebangkitan untuk perlawanan seterusnya menentang Sri Pahang FC selepas hilang 3 mata dalam aksi keenam saingan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu semalam.

Advertisements

Selangor bakal bertemu pasukan Sri Pahang FC dalam kempen Liga Super pada 29 April 2022 minggu hadapan. Selangor kini berada di kedudukan kelapan, meraih 5 mata secara keseluruhannya setelah 4 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram