Brendan Gan Kekal Beraksi Di Asia
Asia Tenggara
KL City FC
Advertisements

Hasrat pemain tengah, Brendan Gan untuk beraksi di pentas Asia masih belum terkubur.

Musim lalu, Brendan menjadi tonggak utama pasukan Selangor membawa The Red Giants layak ke peringkat Asia selepas muncul naib juara Liga Super.

Namun begitu, khidmat beliau tidak disambung oleh pihak pengurusan Selangor menyaksikan beliau akur membawa haluan baharu dengan menyertai seteru setempat, KL City bagi saingan musim akan datang.

Advertisements

Ini sekaligus menyaksikan impian tonggak berusia 36 tahun ini untuk beraksi di Asia pada peringkat kelab terpaksa dilupakan.

Menurut perkembangan terkini, KL City terpilih menjadi salah satu kelab yang bakal mewakili Malaysia ke kejohanan Shopee Cup bersama-sama jaguh Pantai Timur, Terengganu FC musim hadapan.

Penyertaan The City Boys ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernand ketika ditemu bual oleh Astro Arena pada Jumaat.

Advertisements

“Kami sebagai kelab memang terujalah nak main (dalam kejohanan berprestij ini) sebab ada insentifnya dan pemain kita mahu bermain di peringkat Asia,” katanya dalam Nadi Arena.

“Bagi saya, secara peribadi amat teruja tetapi lebih kepada pasukan. Apabila kita beritahu pemain-pemain terutama pemain senior, kita amat menantikannya kerana kita membina pasukan untuk bersaing di tahap itu,” tambahnya lagi.

Shopee Cup merupakan kejohanan yang mengumpulkan 12 kelab utama dari rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 perlawanan bermula 17 Julai 2024 hingga 21 Mei 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram