Brendan Gan: Memilih KL City Bukan Keputusan Yang Sukar
Liga Super
Faris/MakanBola
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan mengakui keputusannya untuk memilih KL City bukanlah tugas yang sukar.

Hala tuju bekas kapten Selangor ini akhirnya diketahui apabila KL City mengumumkan ketibaan pemain berusia 36 tahun ini menerusi hantaran di platform media sosial pasukan pada Isnin.

Menurut Brendan, keputusan ini dibuat tanpa memakan masa yang lama hasil rundingan yang pantas dan cekap dari pihak pengurusan KL City yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley Bernand.

Advertisements

”Sebenarnya ia mengambil masa yang agak singkat untuk memastikan perjanjian ini selesai. Terima kasih kepada Stanley (Bernand), pihak pengurusan yang melakukan tugas yang baik dengan membenarkan saya untuk terus tinggal di KL,” katanya yang ditemui pada sesi latihan pertama pasukan.

Tambah Brendan lagi, faktor keluarga menjadi sebab utama beliau memilih untuk menyarung jersi The City Boys berbanding menerima tawaran pasukan.

“Keluarga memainkan peranan penting dalam keputusan saya ini dan untuk terus tinggal di KL adalah sangat penting bagi saya,” ujarnya lagi kepada pihak media.

Advertisements

Bagi Brendan, KL City merupakan sebuah kelab yang perlu diberi perhatian memandangkan kejayaan kelab ibu kota itu beraksi di tiga pentas final yang berbeza dalam tiga tahun sebelum ini.

”KL City merupakan sebuah kelab yang berjaya melayakkan diri ke tiga final berturut-turut dan saya tidak sabar untuk mengenali dengan lebih mendalam rakan sepasukan, para jurulatih dan bersedia untuk memberikan yang terbaik buat kelab,” katanya di Stadium Cheras pada Isnin.

Brendan Gan yang dilepaskan oleh Selangor pada Februari lalu setelah dikatakan tidak diberikan ruang untuk mengadakan perbincangan bersama kelab The Red Giants itu sekaligus membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membawa haluan baharu.

Advertisements

Beliau merupakan pemain keempat yang ditandatangani oleh KL City bagi memperkuat pasukan menjelang saingan musim hadapan selepas S. Sharvin, Nick Swirad dan bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram