Brendan Gan, Rahadiazli Lengkapkan Senarai 25 Pemain Harimau Malaya Di King’s Cup
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai akhir 25 orang pemain yang bakal membawa cabaran negara di King’s Cup September ini.

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon telah memberi ruang dan peluang kepada barisan muka baharu untuk memperkuatkan pasukan.

Menerusi satu pegumuman oleh FAM sebentar tadi, sebahagian besar muka lama dalam skuad kebangsaan dikekalkan seperti Dion Cools, Corbin Ong, Safawi Rasid dan juga Shafiq Ahmad.

Advertisements

Namun begitu, pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membuat keputusan untuk membawa dua muka baharu pada posisi penjaga gol iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang beraksi bersama PJ City dan juga penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli Rahalim.

Malah, terdapat juga kelihat dua bintang muda Selangor iaitu Mukhairi Ajmal dan juga Sharul Nazeem selain kepulangan Brendan Gan merancakkan lagi panggilan kali ini.

Harimau Malaya juga bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua perancang tengah KL City, Zhafri Yahya dan juga Declan Lambert dengan Ruventhiran kekal dipanggil kali ini.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bakal berentap dengan Thailand pada 22 September sebelum berdepan dengan Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada perlawanan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram