Advertisement
“Bro Saya Cedera & Saksikan Perlawanan 6 Bulan Dah” – Syamer Kutty
Dunia
MakanBola
Khairul/MakanBola

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Syamer Kutty mengesahkan bahawa beliau kini sudah pun memasuki bulan ke-6 tanpa sebarang aksi.

Pemain berusia 25 tahun itu kini dalam proses rawatan pemulihan kecederaannya selepas difahamkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini.

Setelah 6 bulan berlalu, beliau difahamkan masih lagi tidak dapat meneruskan aksinya sambil menyatakan bahawa dirinya sudah pun merindui aksi di padang.

Walau bagaimanapun, Syamer kembali mencuri perhatian apabila beliau memberi komen balas kepada netizen yang meninggalkan komen pada hantaran beliau.

“Ala bro baru satu perlawanan. Kau cuba tanya penjaga gol kedua macam mana perasaan tahu memang peluang untuk main adalah dengan mendoakan penjaga gol utama cedera.”

Arkitek tengah Harimau Malaya ini bagaimanapun memberi respon positif tentang perkara tersebut.

“Bro saya cedera dan hanya saksikan perlawanan selama 6 bulan dah,” jelasnya.

 Ketiadaan Syamer di bahagian tengah Harimau Malaya jelas memberi impak yang cukup besar dengan pelbagai pemain telah pun diuji oleh Kim Pan-gon bagi mengisi kekosongan tersebut.

Kini, beliau fokus untuk menjalani latihan untuk kembali cergas dan dapat beraksi semula.