BTS ‘Lariskan’ Korea Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Dunia
FA Korea
Advertisements

Persatuan Bolasepak Korea (KFA) mempamerkan kesungguhan untuk menambat hati AFC bagi mendapatkan mandat selaku tuan rumah Piala Asia 2023 apabila mempertaruhkan khidmat kumpulan terkenal,  BTS untuk mempromosikan usaha mereka.

BTS yang juga dikenali sebagai Bangstan Boys di Korea Selatan merupakan sebuah kumpulan nyanyian lelaki yang cukup popular di serata dunia.

Usaha KFA dilhat memasuki fasa yang cukup serius terutamanya untuk menambat hati AFC apabila mendapat sokongan yang cukup luar biasa oleh BTS bagi video promosi terbaru mereka.

Advertisements

Band yang memiliki purata pengikut sekitar 60 Juta di serata dunia ini sudah tentu mampu untuk memberi impak yang cukup baik bagi memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan mereka.

Hal ini disebabkan Korea Selatan perlu bersaing dengan 2 lagi negara iaitu Qatar dan juga Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Menerusi satu hantaran oleh KFA, video tersebut memaparkan ahli kumpulan BTS memberi ucapan sokongan kepada pasukan Korea Selatan.

Advertisements

Menurut satu kenyataan rasmi AFC, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan akan diumumkan secara rasmi pada 17 Oktober 2022 oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC.

Piala Asia 2023 akan melibatkan penyertaan 24 pasukan namun tarikh undian bagi penentuan kumpulan masih belum dijalankan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram