“Bukan Dion Cools”
Liga Super
Buriram United
Advertisements

Desas-desus mengenai kepulangan pertahanan tengah negara, Dion Cools ke Liga Malaysia kini hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tanah air.

Semuanya berpunca daripada video pengenalan semula Fernando Forestieri yang membuat pusingan untuk kekal bersama pasukan JDT.

Namun begitu, semua mata tertumpu kepada bayangan awal dalam klip tersebut yang tertera nama ‘Cools 21’ pada meter suhu pendingin hawa.

Advertisements

Sebelum ini, pemilik kelab JDT, DYAM TMJ pernah memberi bayangan bahawa Dion Cools bakal menjadi pemain JDT suatu hari nanti.

Spekulasi kembali hangat diperkatakan selepas tular berita mengenai seorang pemain luar negara yang ditawarkan kepada JDT namun ditolak.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards yang memberitahu sebab penolakan pemain tersebut berlaku.

Advertisements

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengesahkan bahawa kami telah ditawarkan seorang pemain Malaysia yang bermain di luar negara, dan Harimau Selatan telah menolak tawaran tersebut disebabkan harga yang disebutkan adalah tidak munasabah.”

“Kami percaya terdapat percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dengan mencipta perang bidaan, sesuatu yang JDT tidak akan terperangkap,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Individu yang dimaksudkan semakin terjawab apabila satu komen yang ditinggalkan oleh laman JST memberitahu bahawa pemain yang dimaksudkan bukanlah Dion Cools.

Advertisements

“Bukan Dion Cools, terima kasih,” ujar Johor Southern Tigers yang mendapat respon daripada peminat pasukan selatan tanah air itu.

JDT juga ketika ini sedang mengurangkan perbelanjaan pasukan sekitar 40 peratus selepas mengumumkan untuk melepaskan beberapa staf dan juga pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram